Gila amek masa lama doh aku nak second day entry. Hahaha gila betul. Aku baru baru ni busy gila pig ngan RIBBONTALES. Maju tu taklah maju sangat tapi alhamdulillahhh so far aku dah mampu ah topup sket sket kredit aku takde la manjang RM0.00 sen je. Hikhik.Tapi dah ade duit ni aku cam makin kedekut gila doh nak topup. Maybe banyak mende lagi kot aku nak buat ngan duit ni. Ala senang cite duit ni bukan untuk enjoy la wat mase skarang. Kene jadi rolling modal la kalau nak bisnes kekal lama. Haha nak tau aku bisnes ape? Sila lah usha RIBBONTALES. Awww.
( van feberet akmall )Kete kat sini sume gempak doh mane ade cikai cikai. Kete proton aku taknah nampak seketul pun. Kaya gak an orang Bandung ni kan kan kan?
( angkutan )Hari kedua pagi pagi aku dah bangun cam tak saba saba aw nak shopping sebab semalamnye kan dah usha usha barang ape nak di beli. Hihihi punya lah excited weh. Tak banyak sangat lagipun amek gambar sebab kan cam busy shopping an. Cis. Nyesal tul kalau tak boleh aku berlagak ngan korang. Wuakakakaka.
Naik je angkutan terus cam batak aw. Muka berseri seri betul macam tak sedar diri yang padahal kitorang otw nak gi habiskan duit. Oklah oklah kitorang cuba tenang but bila tengah traffic light an tiba tiba ade cowok datang kat pintu angkutan doh. Ok aku ngaku. Aku cam batak gila. Kahkahkah.
Nampak mamat tu tengah nyanyi. Suara perghhh sedap gila weh macam peha ayam golek. Aku ingat agi time tu dye nyanyi lagu Ungu - Demi Waktu. Muka dah macam Ariel Peterpan ni aku bawak balek kenalkan kat Bella ni best ni.Kat Indo suara sume sedap sedap even nyanyi tepi jalan. Malaysia? Hahaha yang jadi artis pun suara tak sedap ape tah lagi yang bukan artis ; cam aku la. Setakat lagu doraemon aku mampu la kot.
Terus terang ah an. Indo even dye takde keje dye still usaha gak cari duit doh gi nyanyi bagai. Aku tanye supir tu cam boleh ke nyanyi camtu? Pemerintah tak marah ke then
supir tu kate ; tak.
Masing masing kasi peluang untuk cari makan walau dengan ape cara sekali pun. Supir tu gelar penyanyi jalanan camtu ; ORANG MALAS. Tapi ok lagi lah dari orang Malaysia. Orang sana ade gak inisiatif nak cari duit. Orang kita? Hahaha. Menganggur ade lah.
Sampai je Pasar Baru mak aku ngan akak aku sume dah naik juling. Aku maintain cool je. Haha. Ko bayangkan ah baju dye sulam bagai manik manik comel sume harga dye Rp. 100000 ; bersamaan dengan? Ok ok lah aku bagi tau. Bersamaan dengan RM30.Menggelupur duh tengok tudung dye murah murah bagai RM10 bersepah sepah. Dah la kedai berlambak lambak. Setakat telekung ala ala RM17 pun ko dah leh dapat sulam bagai wane wani tak hengatttt.
Kakak aku sure la borong abes. Baju muslimah ; telekung ; tudung ; suar. Kalau leh dye nak beli satu kedai. Hihi. Abang ipar aku beli kain pastu tempah seluar kat situ gak. Order hari ni siap esok. Siap tolong hantar kat hotel agi. Harga? Sehelai RM30.
BEST KE TAK?
Aku shopping sket sket je. Penat woh nak pusing satu pasar tu. Kakak aku dah abes pusing dah mengalahkan orang Indo. Aku rase orang indo pun tak abes round Pasar Baru tu.
( gambar ni cam tipu gila berdosa sebab aku nampak gemuk. wuakakak )Otw balik. Serious shit lemau gila aku rase kalau ade cowok ganteng mane mane tolak aku time tu dah melayang dah. Tengok ah muka aku dah cam tempe goreng dah.
( ni pakej ke ape ni pegi balik ade orang nyanyi ; budak kecik yang duduk tu nyanyi lagu Matta - Ketahuan )Kedai kat Pasar Baru tutup kul 6 petang atau di Malaysia bersamaan dengan kul 7 petang. Awal an? Nak shopping pun tak lena nak jalan pun tak kenyang. Cam tak puas gila ah dah la malam tu nak makan lagi nak berkejar gi Factory Outlet depan umah agi opppsss silap bukan bukan. Haha depan Hotel lah. Hehehe.
Ni aku bagi korang cuci mata ngan makanan ringan kat sana yang takda kat sini.
( aku mencari mencari maggi cup tapi takda. sedih tul )
( semua kedai makan yang kitorang makan mesti dihidangkan ngan teh cina )Hum malam tu kitorang gi makan kat Restoran Panyawangan. Sebelah ngan Hotel kitorang, Geulis Hotel. Gila cam heaven nak makan gi seberang je takyah susah susah nak naik angkut. Sedap dah tentu sedap gila. Cowok waiter tu pun gila comel. Hihihi.
Dan yang paling penting? MURAH.
( ehem ehem )
Lain macam kan name makanan dye. Hahaha so far sume sedap. Aku tatau la tekak aku ni tau sedap je. Name pun lapar gila doh. Balunnn.Mulanya ingat nak gi jalan jalan last last cam perut lapa. Singgah makan. Kedai tutup kul 9. So cam habis makan pun tah kul bape tah. Hum. Cam kecewa gak la an tapi nak wat camne.
Balik tu cam berangan wah esok nak gi kedai mane wah esok nak beli ape wah duit banyak agi ni. Hihihi. Kan best kalau Bandung ni belakang umah je senang agak agak nak perabih duit gi je Bandung.
Dah dah dah tinggal lagi dua hari je aku kat Bandung ada masa aku update agi.
Hihi ni ribbon berlambak tak siap siap bagi aku settle kan dulu okay?
Ok tata =D
p/s - hihi aku tension tapi cam ok je tapi aku tension. =D
diminta supaya anda mentranslatekan komen anda yang berbahasa russia itu dahulu sebelum penulis dilanda migrain. kalau baca tak komen maknanye hari hari kau berak tak basuh
















































